Tuesday, September 4, 2007

TERUNGGUL dan TERNAMA





SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Tinggi Perempuan Melaka ini terletak di kawasan bandar iaitu kira-kira 2km dari Bandar Melaka. Kawasannya iaitu di Jalan Tun Fatimah, Durian Daun. Kawasan ini mempunyai beberapa buah sekolah dan sebuah maktab perguruan iaitu Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka. Sekolah ini telah dibuka pada tahun 1961. Sebelum ini ia adalah sebahagian dari Sekolah Menengah Gajah Berang iaitu semenjak tahun 1959. Sewaktu mula-mula dibuka, bilangan murid-muridnya hanya seramai 414 orang dan semuanya terdiri daripada murid-murid perempuan. Pada ketika itu sekolah ini mempunyai dua bahasa pengantar iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun pada tahun 1965, bahagian yang berpengantar Bahasa Malaysia berpindah ke bangunan lain dan seterusnya bertukar nama menjadi Sekolah Menengah Tun Tijah. Sekolah Tinggi Perempuan ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu iaitu Encik Abdul Rahman bin Hj. Talib pada tahun 16.11.1962. Terdapat 11 buah bangunan pada awalnya iaitu pejabat sekolah, bilik guru, bilik darjah dan makmal sains. Tiga buah blok lagi dibina untuk dijadikan asrama. Terdapat sebuah padang yang terletak bersebelahan dengan dewan, sebuah pusat sumber dan sebuah lagi bangunan tiga tingkat yang masih dalam pembinaan.Aliran Sains bermula sejak tahun 70an dan kini telah meningkat kepada enam buah kelas. Bagi aliran sastera pula telah diadakan lebih awal iaitu pada tahun 1959 (sejak Sekolah Menengah Gajah Berang) dan kini jumlahnya sebanyak 6 buah kelas kesemuanya. Bilangan guru pada awal penubuhannya hanya terdapat 29 orang. Manakala bilangan pekerja pula 5 orang. Bersesuaian dengan nama sekolah ini, ia ditubuhkan khas untuk murid-murid perempuan sahaja iaitu dari awal hingga kini.






Antara guru-guru SMKTPM


LAGU SEKOLAH

MAJULAH SEKOLAH TINGGI PEREMPUAN MELAKA
TEMPAT KUNTUM-KUNTUM BUNGA KEMBANG DAN MEKAR
INDAHNYA MENGHIASI JAMBANGAN NEGARA
DI SINI PUTERI PERTIWI BERMULA
SEGALA ILMU DITUNTUT SEPENUH HATI
DALAM SUKAN BERJUANG KUAT DAN BERBAKTI
GURU DIHORMATI IMEJ DIJUNJUNG TINGGI
SEJAJAR DENGAN NAMA YANG DIBERI
KEJAYAAN PENUH USAHA
KEMENANGAN BERWIBAWA
INILAH MATLAMAT SEMUA
DENGAN TIDAK MELUPAKAN NILAI-NILAI MURNI KITA
DEMI SEKOLAH YANG TERCINTA
PELIHARA SIFAT KETIMURAN KITA
BERSOPAN SANTUN SERTA BERAKHLAK MULIA
BERPELAJARAN TINGGI SIHAT DAN SEJAHTERA
PELAJAR SEKOLAH TINGGI PEREMPUAN MELAKA

Lagu : Mat Mohd Sidik
Lirik : Zaiton Hj. Ahmad





pelajar ini sedang menyampaikan bicara hikmah





VISI

SMKTPM AKAN MENJADI SEKOLAH GEMILANG DAN TERUNGGUL MENJELANG TAHUN 2008

MISI SEKOLAH
Untuk mencapai tahap kecemerlangan, SMKTPM akan berusaha:

*Meningkatkan prestasi akademik melalui pengajaran dan pembelajaran yang terancang,efektif dan berfokus.
*Meningkatkan pencapaian kokurikulum pada peringkat negeri dan kebangsaan melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum yang terancang.
*Menanam sifat sifat terpuji,berketrampilan dan jati diri dikalangan pelajar menerusi program bina insan secara terangcang.
*Menjadikan persekitaran sekolah lebih kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran melalui program kebersihan dan keselamatan.
*Menjadikan pengurusan sekolah lebih efektif dan efisien melalui latihan yang berterusan.
*Meningkatkan pembangunan sumber manusia melalui program pembangunan staf dan pembudayaan ilmu.

persembahan gamelan daripada pasukan gamelan

MATLAMAT
Menjadi sekolah menengah harian yang pertama di negeri Melaka.
*Pencapaian 100% lulus dalam peperiksaan awam.
*PMR:100% lulus dengan lonjakan 8A sebanyak 20%SPM:100% Lulus dalam semua matapelajaran,lonjakan A sebanyak 10%STPM:100% Lulus dalam semua matapelajaran.
*Semua Guru dan pelajar telah berjaya mencapai matlamat dasar 60-40 pada 2004.
*Matlamat 2006 ialah mencapai dasar 70-30.

OBJEKTIF SEKOLAH

*Untuk meningkatkan prestasi pencapaian keputusan peperiksaan PMR,SPM dan STPM ke arah 100% lulus.
*Meningkatkan pencapaian 100% kecemerlangan ‘A’ dalam peperiksaan PMR.
*Peningkatan Kualiti ‘A’ dalam SPM
*Peningkatan kualiti prinsipal A (4P) dalam STPM
*Untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam bidang kokurikulum ke peringkat negeri dan kebangsaan
*Untuk menyediakan dan mengembangkan iklim dan budaya sekolah yang kondusif untuk pendidikan yang berkesan.
*Sifar dalam masalah disiplin dan mempunyai sahsiah terpuji.


Para pelajar khusyuk mendengar ucapan Pengetua


MOTO KAMI
“ Ilmu Punca Kebijaksanaan ”


PENGASAS SEKOLAH
School Founder
Sekolah ini telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan pada masa itu iaitu Encik Abdul Rahman Haji Talib. Pada mulanya sekolah ini terletak di kawasan bandar iaitu kira-kira 2 km dari bandar Melaka. Kawasannya terletak di Lorong Tun Fatimah, Durian Daun dan berjiran dengan dua buah sekolah menengah yang lain iaitu Sekolah Menengah Tun Tijah dan Sekolah Menengah Durian Daun serta sebuah Maktab yang ulung iaitu Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.
Dari awal sekolah ini bermula pada tahun 1959 dengan menumpang di SMK Gajah Berang, Melaka. Pada tahun 1961 SMKTPM berpindah ke tempat sekarang ini dengan muridnya seramai 414 orang murid perempuan. Pada ketika itu sekolah menggunakan dua bahasa pengantar iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pada 16 September 1962, sekolah ini telah diasasrasmikan oleh Menteri Pendidikan , En Abdul Rahman Hj Talib.



IKRAR PELAJAR
Kami berjanji dan berikrar
Bahawasanya kami akan menumpukan sepenuh tenaga dan iltizam kepada pelajaran dan aktiviti kokurikulum sekolah.
Bahawasanya kami akan berusaha untuk mencapai kecemerlangan diri demi masa depan agama,bangsa dan negara.
Bahawasanya kami akan sentiasa menghormati ibubapa,guru-guru, pemimpin-pemimpin dan undang-undang negara.
Dan seterusnya kami akan berpegang teguh pada janji dan ikrar kami ini,demi masa depan kami
dan wawasan negara.

















Ucapan daripada Datin Hajah Norliah binti Adam,Pengetua SMKTPM ketika pelancaran sempena Bulan Kemerdekaan.