Tuesday, September 4, 2007

TERUNGGUL dan TERNAMA





SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Tinggi Perempuan Melaka ini terletak di kawasan bandar iaitu kira-kira 2km dari Bandar Melaka. Kawasannya iaitu di Jalan Tun Fatimah, Durian Daun. Kawasan ini mempunyai beberapa buah sekolah dan sebuah maktab perguruan iaitu Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka. Sekolah ini telah dibuka pada tahun 1961. Sebelum ini ia adalah sebahagian dari Sekolah Menengah Gajah Berang iaitu semenjak tahun 1959. Sewaktu mula-mula dibuka, bilangan murid-muridnya hanya seramai 414 orang dan semuanya terdiri daripada murid-murid perempuan. Pada ketika itu sekolah ini mempunyai dua bahasa pengantar iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun pada tahun 1965, bahagian yang berpengantar Bahasa Malaysia berpindah ke bangunan lain dan seterusnya bertukar nama menjadi Sekolah Menengah Tun Tijah. Sekolah Tinggi Perempuan ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu iaitu Encik Abdul Rahman bin Hj. Talib pada tahun 16.11.1962. Terdapat 11 buah bangunan pada awalnya iaitu pejabat sekolah, bilik guru, bilik darjah dan makmal sains. Tiga buah blok lagi dibina untuk dijadikan asrama. Terdapat sebuah padang yang terletak bersebelahan dengan dewan, sebuah pusat sumber dan sebuah lagi bangunan tiga tingkat yang masih dalam pembinaan.Aliran Sains bermula sejak tahun 70an dan kini telah meningkat kepada enam buah kelas. Bagi aliran sastera pula telah diadakan lebih awal iaitu pada tahun 1959 (sejak Sekolah Menengah Gajah Berang) dan kini jumlahnya sebanyak 6 buah kelas kesemuanya. Bilangan guru pada awal penubuhannya hanya terdapat 29 orang. Manakala bilangan pekerja pula 5 orang. Bersesuaian dengan nama sekolah ini, ia ditubuhkan khas untuk murid-murid perempuan sahaja iaitu dari awal hingga kini.






Antara guru-guru SMKTPM


LAGU SEKOLAH

MAJULAH SEKOLAH TINGGI PEREMPUAN MELAKA
TEMPAT KUNTUM-KUNTUM BUNGA KEMBANG DAN MEKAR
INDAHNYA MENGHIASI JAMBANGAN NEGARA
DI SINI PUTERI PERTIWI BERMULA
SEGALA ILMU DITUNTUT SEPENUH HATI
DALAM SUKAN BERJUANG KUAT DAN BERBAKTI
GURU DIHORMATI IMEJ DIJUNJUNG TINGGI
SEJAJAR DENGAN NAMA YANG DIBERI
KEJAYAAN PENUH USAHA
KEMENANGAN BERWIBAWA
INILAH MATLAMAT SEMUA
DENGAN TIDAK MELUPAKAN NILAI-NILAI MURNI KITA
DEMI SEKOLAH YANG TERCINTA
PELIHARA SIFAT KETIMURAN KITA
BERSOPAN SANTUN SERTA BERAKHLAK MULIA
BERPELAJARAN TINGGI SIHAT DAN SEJAHTERA
PELAJAR SEKOLAH TINGGI PEREMPUAN MELAKA

Lagu : Mat Mohd Sidik
Lirik : Zaiton Hj. Ahmad





pelajar ini sedang menyampaikan bicara hikmah





VISI

SMKTPM AKAN MENJADI SEKOLAH GEMILANG DAN TERUNGGUL MENJELANG TAHUN 2008

MISI SEKOLAH
Untuk mencapai tahap kecemerlangan, SMKTPM akan berusaha:

*Meningkatkan prestasi akademik melalui pengajaran dan pembelajaran yang terancang,efektif dan berfokus.
*Meningkatkan pencapaian kokurikulum pada peringkat negeri dan kebangsaan melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum yang terancang.
*Menanam sifat sifat terpuji,berketrampilan dan jati diri dikalangan pelajar menerusi program bina insan secara terangcang.
*Menjadikan persekitaran sekolah lebih kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran melalui program kebersihan dan keselamatan.
*Menjadikan pengurusan sekolah lebih efektif dan efisien melalui latihan yang berterusan.
*Meningkatkan pembangunan sumber manusia melalui program pembangunan staf dan pembudayaan ilmu.

persembahan gamelan daripada pasukan gamelan

MATLAMAT
Menjadi sekolah menengah harian yang pertama di negeri Melaka.
*Pencapaian 100% lulus dalam peperiksaan awam.
*PMR:100% lulus dengan lonjakan 8A sebanyak 20%SPM:100% Lulus dalam semua matapelajaran,lonjakan A sebanyak 10%STPM:100% Lulus dalam semua matapelajaran.
*Semua Guru dan pelajar telah berjaya mencapai matlamat dasar 60-40 pada 2004.
*Matlamat 2006 ialah mencapai dasar 70-30.

OBJEKTIF SEKOLAH

*Untuk meningkatkan prestasi pencapaian keputusan peperiksaan PMR,SPM dan STPM ke arah 100% lulus.
*Meningkatkan pencapaian 100% kecemerlangan ‘A’ dalam peperiksaan PMR.
*Peningkatan Kualiti ‘A’ dalam SPM
*Peningkatan kualiti prinsipal A (4P) dalam STPM
*Untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam bidang kokurikulum ke peringkat negeri dan kebangsaan
*Untuk menyediakan dan mengembangkan iklim dan budaya sekolah yang kondusif untuk pendidikan yang berkesan.
*Sifar dalam masalah disiplin dan mempunyai sahsiah terpuji.


Para pelajar khusyuk mendengar ucapan Pengetua


MOTO KAMI
“ Ilmu Punca Kebijaksanaan ”


PENGASAS SEKOLAH
School Founder
Sekolah ini telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan pada masa itu iaitu Encik Abdul Rahman Haji Talib. Pada mulanya sekolah ini terletak di kawasan bandar iaitu kira-kira 2 km dari bandar Melaka. Kawasannya terletak di Lorong Tun Fatimah, Durian Daun dan berjiran dengan dua buah sekolah menengah yang lain iaitu Sekolah Menengah Tun Tijah dan Sekolah Menengah Durian Daun serta sebuah Maktab yang ulung iaitu Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.
Dari awal sekolah ini bermula pada tahun 1959 dengan menumpang di SMK Gajah Berang, Melaka. Pada tahun 1961 SMKTPM berpindah ke tempat sekarang ini dengan muridnya seramai 414 orang murid perempuan. Pada ketika itu sekolah menggunakan dua bahasa pengantar iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pada 16 September 1962, sekolah ini telah diasasrasmikan oleh Menteri Pendidikan , En Abdul Rahman Hj Talib.



IKRAR PELAJAR
Kami berjanji dan berikrar
Bahawasanya kami akan menumpukan sepenuh tenaga dan iltizam kepada pelajaran dan aktiviti kokurikulum sekolah.
Bahawasanya kami akan berusaha untuk mencapai kecemerlangan diri demi masa depan agama,bangsa dan negara.
Bahawasanya kami akan sentiasa menghormati ibubapa,guru-guru, pemimpin-pemimpin dan undang-undang negara.
Dan seterusnya kami akan berpegang teguh pada janji dan ikrar kami ini,demi masa depan kami
dan wawasan negara.

















Ucapan daripada Datin Hajah Norliah binti Adam,Pengetua SMKTPM ketika pelancaran sempena Bulan Kemerdekaan.












































20 comments:

Ana said...

Hi. Saya ex student MGHS dari 1994-98. Blog ni official blog untuk sekolah ke? Saya cuba cari laman web official MGHS/SMKTPM tapi tak jumpa. Cuma website lama dari time saya form 5 yang very simple html. http://smktinggip.tripod.com

Boleh percaya tak saya masih hafal lirik lagu sekolah. Seronok pulak bila teringat balik zaman belajar dulu. Rindu juga pada kawan2 dan guru2.

Agak sedih juga memandangkan telah ramai student MGHS berjaya sekarang ini, tapi tiada cara untuk menyatukan mereka semua di dalam satu kelab ex-student. Harap awak teruskan dengan blog ini. Saya dah lama tak keep in touch dengan berita "MG". Would be nice to know the quality of the school is still maintained.

naqitira said...

hai...
Saya Atirah Osman ex student MGHS (2001-2005)

form 1- Tingkatan 1 Anggerik
form 2- Tingkatan 2 Anggerik
form 3- Tingkatan 3 Bakawali
Form 4- Tingkatan 4ST4 (Subjek IT)
Form 5- Tingkatan 5ST4 (Subjek IT)

Seronoknya dapat imbas balik kenangan lama...
Sayang sgt kat sekolah ni n semua warga sekolah..
huhu..mcmana ek kita nak kumpulkan balik semua ex-student..
rindu...

Cikgu Wee, ingat saya lagi tak?haha
ramai lagi la..
ape2 contact kite, k?

tira_tr@yahoo.com

anmood said...

Hi, I'm ex student of MGHS from 1976-1980. I would like to trace my old friends. If you want to know me, I was an very active and well known students at that time. Remember the sargent police cadet then you'll remember me.

izat said...

tahniah cikgu azam, slmt hari raya , maaf zahir batin....buat kueh raya jgn lupa kawan

nani nazeri said...

assalamualaikum.sy merupakan ahli aktif pancaragam.sy ingin berterima kasih kpd pihak sekolah kerana telah berjaya menaikkan mutu pancaragam sekolh ini!

Anonymous said...

saya pelajar tahun 2001-2006
berminat utk mengikuti perkembangan pelajar asrama
minta jasa baik penulis blog utk kemaskini maklumat terbaru berkenaan pelajar asrama dan para warden

sarahgalaksi said...

wah, x tau lak skolah ni ade blog...cool..

libragurl_ejan90 said...

hye..we all students form 6_08/09
[6A1]
candy,devika,katt,mir,anis,ain,eyqa,siew wei,sheila,zilah.
[6A2]
aida,dura,alin,hanna,may chee
gud luck utk sume yg nk exam 09!!
kenangan suka dan duka kt MGHS x mungkin we all lupakan.
jgn lupa kt akak2 f6 nie..(",)
buat sume cikgu2, thanks coz bnyk bantu we all..jasa u all akn sentiasa dikenang..doakan kejayaan we all..restu u all amat kami harapkan..thanks jgak coz banyak bersabar melayan kerenah we all yg kadang2 buat u all 'darah tinggi'..(",) daa.....
special dedicate 2:
[pn wan zabariah,en.affendy,pn.vivian,pn.roslin,pn.ct salwa,cik.teh zarinah,pn.habsah,pn.kang,pn.manmeet,en.mohan,pn.syahrul nadia.]

Aida Atiqah said...

hai...saya budak form 1 tahun dua ribu sembilan kat mghs...saya budak pancaragam...boleh lah kata aktif jugak....saya dok klaz 1 RK 2...blajar jepun...ok...lah...byyeee...

G!nd$ said...

Hi. I'm an ex-student of MGHS also... Batch 95-99.

Had tonnes of memories kat MG ni..dari baik hinggalah ke tak baik..

Went there in 2004 kalau x silap..Went to meet Ustazah Zaini..maybe ramai org tak kenal cos pas dia kawin dia ikut laki dia... the most wonderful thing was..i was remembered by the Pak guard (Pakcik Leman) which passed away years back..Pakcik Leman ni best..banyak benda dia tolong kitorg..dari escape malam hinggalah tolong simpan barang2 yang tak leh bawa gi hostel..

I had wonderful teachers (most of them la) too and superb friends..kat MG la org rasa dpt kawan2 yang hidup susah sama susah and senang sama senang.oo..ini membuatkan org bertambah rindu ngan skolah tu..

i was an ex-cadet police,a volleyball and handball player (preferred jd simpanan especially handball) :). Sometimes jadi pemain bola jaring yang tak diundang. thanks to Mak Eton. She asked me to join cos tak cukup org waktu training..

tak dapat dinafikan lagi that MGHS is the best...i grew up there and secara x langsung MG shape me into a better person.. thanks to the teachers.. i had the best pengetua kat MG tp tak lama la cos she retired..she's Hjh. Hairani. Seriously, she's the best. mana nak jumpa pengetua kutip sampah tanpa menyuruh pelajar walaupun the student was nearby. tetiba bagi aiskrim kat budak2 hostel...walaupun sekejap ngan dia, surely i remembered her dearly...

well, to all the students.. cherish your moment waktu sekolah.

p/s: preferred the school before bangunan di tambah..

-C- said...

::hye,sy ex-mghs 99-2003.ape jdi dengan pancaragam sekolah.nak tau la.rindu dengan band.penah masuk dari form 1 smpi form 4.semoga mshs terus maju.i heart you mghs::

si cokelattte said...

tak de org nak update pasal skolah ni ker?? sy siti nur rasyadah ex mghs dari tahun 2003-2008. tbe2 tersearch then terjumpa blog ni.. but still sad bcoz tak de sape pon nak update bende ni.

rnies said...

http://smktpm2092.blogspot.com/

rnies said...
This comment has been removed by the author.
Sabinas said...

Saya pelajar tahun 1985-1989..skrg dok di Taiping dh jd mak orang..tp bangga dpt bersekolah di situ..masa tu ada student Sabahan lagi..ada sesape yg nk buat reunion ex student ke..cikugu BM masa tu pun Miss Lim (keturunan baba nyonya) Pengetua Pn. Noriah kalau x silap..teringin nk jumpa kwn2 lama

Aqish said...

haiii saya dok kls 1k3 dulu ade 1k4 skrg x de..saya aktif ngn kompang jerr..ape2 pon maju MGHS!!

Aqish said...

me=2016-2021
x sampai tahun 2021..kira jerrr
skrg nihh tahun 2016..baru form 1
kelas 1K3..
tngh buat kerja sivikk..pastu kene cari maklumat sekolah..
tetiba terjumpa blog ni..ramai gakk akk2 senior saya =) walaupon x pernah jumpa..
doakan yg terbaikk utk mghs..
kalau tngk gambar dulu..pakai tudung dua lapis..skrg pkai satu lapis siap ade tulis mghs agi..
#budak kompang
#doakan utk mghs!!

Aqish said...

pancaragam kita pon selalu aktif jerr=)

kaeylynnsabados said...

Casino games at Wooricasinos
WOODS CASINO 세븐 포커 족보 in Las Vegas, Nevada 도박 사이트 USA - Find great rates on WOODS sss 포커 CASINO and other great 바카라 필승법 casinos in 온라인바카라 Las Vegas, Nevada. Book now!

nanihaberberger said...

Caesars Entertainment buys out CaesarsCasino - JamBase
Caesars Entertainment plc. (KJM) today 전주 출장마사지 said it has entered 김포 출장샵 into a definitive purchase 당진 출장샵 of 경주 출장마사지 Caesars 사천 출장안마 Entertainment for more than $2.1 billion.